Wednesday, August 5, 2009

Jenis-jenis kulit

Mengenalpasti jenis kulit

Apakah 4 jenis kulit yang asas?

  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Berminyak


Apakah ciri-ciri kulit jenis kering?

  • Liang roma yang kecil
  • Kelihatan tidak bermaya, kusam dan tona tidak sekata
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut
  • Kandungan minyak semulajadi
  • Kulit menjadi kering kerana kekurangan sebum dan kelembapan pada kulit
  • Bebas jerawat apabila usia meningkat kedutan ketara dan keanjalan semulajadi semakin kurang


Produk Mary Kay yang membantu melembutkan dan melicinkan lagi kulit kering dengan:

  • Membersih dengan lembutnya tanpa mambawa kesan kulit mengelupas
  • Melembutkan dan menambahkan kelembapan yang diperlukan
  • Mengurangkan kesan-kesan garis dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata

@ Pelembap berjenis losyen adalah sesuai

Apakah ciri-ciri kulit jenis normal?

  • Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
  • Kebiasaannya sedikit kering dan sedikit berminyak kerana memiliki kandungan minyak yang semulajadi namun berisiko untuk menjadi lebih kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran
  • Kadang-kala berjerawat atau liang roma tersumbat
  • Garis dan kedutan jarang terbentuk


Produk Mary Kay membawa faedah kepada kulit jenis normal dengan:

  • Mengekalkan kelembapan yang seimbang supaya kelihatan sihat dan berseri
  • Melicinkan lagi tekstur kulit serta meningkatkan kesan kulit yang bersih dan segar

@ Sesuai pelembap jenis krim

Apakah ciri-ciri kulit jenis kombinasi?

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
  • Kawasan T-zon yang berminyak
  • Tanda-tanda kekeringan di bahagian pipi serta di sekitar tepi muka
  • Garis dan kekedutan jarang terbentuk sekiranya penjagaan rapi diberikan sehingga individu mencapai usia tua


Produk Mary Kay dapat memberikan faedah kepada jenis kulit kombinasi dengan:

  • Mengawal pengeluaran minyak di kawasan T-zon
  • Mengecilkan liang roma serta melembapkan bahagian kulit yang kering


Apakah ciri-ciri kulit jenis berminyak?

  • Liang roma yang kasar
  • Selalu mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
  • Kulit kelihatan berkilat


Produk Mary Kay dapat memberi faedah secara:

  • Mengawal minyak , meninggalkan kesan kulit yang licin
  • Membersihkan bahan kotoran dan pengumpulan minyak pada pembukaan liang roma
  • Membantu memanjangkan tempoh ketahanan warna solekan

No comments:

Post a Comment