Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri tanpa cela, semua orang pasti akan mengagumi anda. kulit juga adalah aset dalam penampilan Seseorang yang memiliki kulit bersih dan sihat merupakan aksesori paling berharga. Kulit wajah bermasalah menjadi antara punca wanita kurang keyakinan diri. begitu ramai yang mempunyai masalah kulit kusam, tona tidak sekata, berjerawat, pigmentasi seperti jeragat, parut jerawat. liang pori2 yang besar, kulit yang terlalu kering atau berminyak, tidak bermaya, tanda-tanda penuaaan seperti kedutan/garis-garis di muka, kulit kurang anjal dan ‘eye bag’ menyebabkan wajah hilang seri dan tidak menarik. Kulit wajah yang sering terdedah dengan persekitaran tanpa disaluti produk pelindung secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan juga menyebabkan kulit wajah tidak sekata.
Kulit yang baik mempunyai keseimbangan iaitu tidak begitu kering, tetapi tidak juga berminyak, dan bagi memperoleh ciri-ciri itu pengguna perlu rajin mengamalkan rutin penjagaan yang sempurna setiap hari sesuai dengan pertambahan usia.
Penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia wanita kelihatan menarik.. Ini kerana kulit yang cantik akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang . Setiap wanita berhak memiliki kulit yang sempurna. memahami dan mengetahui jenis kulit wajah sendiri secara terperinci agar dapat menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia kelihatan menarik. Kulit terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu kulit jenis normal, kering, berminyak dan kombinasi.
No comments:
Post a Comment