Monday, March 8, 2010

Bibir

Bibir kering dan mengelupas selalunya disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan kering dan juga cuaca sejuk atau keadaan yang sejuk seperti sentiasa terdedah kepada 'air-cond ' salah satu penyebab bibir menjadi kering. Tidak seperti kulit, kulit bibir tidak mepunyai minyak semulajadi untuk memberi kelembapan berterusan. Oleh sebab itu bibir mudah hilang kelembapan menyebabkan bibir kering, pecah atau mengelupas. Alahan kepada komestik juga salah satu penyebab keadaan ini.

Rawatilah bibir anda dengan lip mask ia bertindak menghapuskan sel-sel kulit mati pada bibir dan lembapkannnya dengan lip balm. Bibir yang kering disebabkan panas sinaran matahari boleh dilindungi dengan lip balm sunscreen with SPF 15 salah satu kandungannya ialah' shea butter' berfungsi merawat bibir yang kering.

Elakkan penggunaan lipstik yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan bibir anda kering. Cubalah creamy lipstick ia juga bertindak seperti balm yang menghalang bibir pecah dan mengelupas. Gunakanlah time-wise age fighting lip primer ia bukan sahaja untuk melindungi garis-garis dan kedutan pada bibir ia juga memberikan pemakaian lisptik anda sentiasa nampak rata di samping lipstik anda tahan lebih lama. Bersihkan bibir anda dengan eye make up remover kerana bibir adalah sensitif sebaik-baiknya dibersihkan dengan pencuci khas seperti eye make up remover ini dan jangan gunakan sabun atau cleanser.



Gambar di atas adalah testimoni selepas pemakaian lip mask. Semasa SCC hanya bibir bawah saja kita letak lip mask tujuan untuk membuat perbandingan, jelas selepas pemakaian lip mask bibir bawah kelihatan lebih cerah dan kemerah-merahan berbanding bibir atas.

No comments:

Post a Comment