Wednesday, June 9, 2010

Testimoni

Testimoni- Kak Chik , Pn Nor Hanizah







Sebelum


Lama betul tak update blog ni. Ini testimoni terbaru iaitu kakak saya sendiri , seorang guru berumur 45 tahun. Lihat gambar sebelum dan selepas boleh nampak perbezaan yang begitu ketara sekali selepas pakai Mary Kay. Jenis kulit dia adalah 'dry skin' sebelum pakai Mary Kay kulit dia kelihatan gelap, kusam dan macam tak bermaya atau tak berseri. Tetapi selepas 8 bulan menggunakan Mary Kay kulit dia kelihatan lebih cerah, berseri dan nampak lebih muda dari gambar sebelum tu. Set yang beliau gunakan ialah , Timewise Cleanser Normal/Dry, Timewise Moisturizer Normal/Dry, Day Solution and Night Solution

Selepas


Dan ini pula testimoni terbaru dari saya selepas 1 tahun menggunakan Mary Kay.

Friday, March 12, 2010

Foundation and Powder

Untuk tampil menarik dan menawan pakailah bedak asas(foundation) dengan memakai foundation ianya dapat menutupi parut-parut, tompok-tompok hitam seperti jeragat, tona kulit yang tidak sekata. Untuk kesan yang lebih baik gunakan concealer terlebih dahulu pada parut atau jearagat termasuk 'dark circle' kemudian baru pakai foundation. Foundation juga berfungsi melindungi kulit muka kita dari segala habuk dan kekotoran dalam udara kerana ianya akan melekat pada foundation ini dan akan hilang apabila kita mencuci muka . Tanpa foundation habuk boleh terus terlekat pada kulit muka kita. Hanya titikkan sedikit foundation tersebut dibahagian kening, pipi, hidung dan dagu kemudian ratakan tak perlu guna dengan banyak. Hasilnya muka anda akan nampak sekata dan 'natural' sahaja.

Mary Kay mempunyai beberapa jenis foundation bergantung kepada jenis kulit seseorang antaranya Medium Coverage Foundation antara kelebihannya mengawal minyak berlebihan sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Full Coverage Foundation pula sesuai untuk kulit normal hingga kering dan berupaya melembapkan kulit muka. Selain daripada itu terdapat juga foundation dalam bentuk serbuk Mineral Powder Foundation sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh dipakai begitu sahaja atau bersama-sama foundation dengan sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Satu lagi jenis foundation ialah creme to powder foundation juga sesuai untuk semua jenis kulit boleh berfungsi sebagai foundation dan bedak dalam bentuk' compact'.

Kesemua foundation mempunyai beberapa rona pilihan. Dengan memilih rona yang tepat ianya akan seolah-olah meresap ke dalam muka memberikan kulit yang cantik, licin dan sempurna.
Selepas pemakaian foundation make up boleh disempurnakan lagi dengan pemakaian loose powder.

Monday, March 8, 2010

Bibir

Bibir kering dan mengelupas selalunya disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan kering dan juga cuaca sejuk atau keadaan yang sejuk seperti sentiasa terdedah kepada 'air-cond ' salah satu penyebab bibir menjadi kering. Tidak seperti kulit, kulit bibir tidak mepunyai minyak semulajadi untuk memberi kelembapan berterusan. Oleh sebab itu bibir mudah hilang kelembapan menyebabkan bibir kering, pecah atau mengelupas. Alahan kepada komestik juga salah satu penyebab keadaan ini.

Rawatilah bibir anda dengan lip mask ia bertindak menghapuskan sel-sel kulit mati pada bibir dan lembapkannnya dengan lip balm. Bibir yang kering disebabkan panas sinaran matahari boleh dilindungi dengan lip balm sunscreen with SPF 15 salah satu kandungannya ialah' shea butter' berfungsi merawat bibir yang kering.

Elakkan penggunaan lipstik yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan bibir anda kering. Cubalah creamy lipstick ia juga bertindak seperti balm yang menghalang bibir pecah dan mengelupas. Gunakanlah time-wise age fighting lip primer ia bukan sahaja untuk melindungi garis-garis dan kedutan pada bibir ia juga memberikan pemakaian lisptik anda sentiasa nampak rata di samping lipstik anda tahan lebih lama. Bersihkan bibir anda dengan eye make up remover kerana bibir adalah sensitif sebaik-baiknya dibersihkan dengan pencuci khas seperti eye make up remover ini dan jangan gunakan sabun atau cleanser.



Gambar di atas adalah testimoni selepas pemakaian lip mask. Semasa SCC hanya bibir bawah saja kita letak lip mask tujuan untuk membuat perbandingan, jelas selepas pemakaian lip mask bibir bawah kelihatan lebih cerah dan kemerah-merahan berbanding bibir atas.

Thursday, March 4, 2010

Skincare Class (SCC)

Skincare class(SCC) atau kelas penjagaan kulit adalah teras dalam perniagaan Mary Kay. SCC bertujuan untuk memperkenal/mempromosikan produk2 dalam Mary Kay di samping memberi peluang kepada anda semua untuk mencuba dan merasai kehebatan produk Mary Kay ini.

Dalam SCC Beauty Consultant (BC) akan mengajar bagaimana hendak mencuci muka dengan betul, membersihkan make up mata dan bibir, anda juga berpeluang menggunakan produk penjagaan kulit Mary Kay yang lain seperti lip mask, face mask, skrub tangan serta produk2 penjagaan muka yang lain.

Produk-produk penjagaan kulit yang anda akan guna dalam SCC diberi berdasarkan jenis kulit anda. Jadi sebelum SCC dimulakan, kita akan menemubual anda terlebih dahulu apakah jenis kulit, masalah2 kulit yang anda hadapi dan apakah produk penjagagaan kulit yang pernah/ sedang anda pakai. Selepas itu kita akan memberi anda mencuba set mana yang sesuai sama ada set untk kulit kering, normal, berminyak atau mana kombinasi set2 tersebut ataupun set anti penuaan.

Dalam SCC ini anda juga berpeluang mencuba pelbagai jenis alat solek Mary Kay disamping BC akan berkongsi tips-tips cara pemakaian alat solek. Diakhir SCC BC akan menanyakan pendapat anda tentang produk ini. SCC tidak mengambil masa yang lama cuma dalam 1-11/2 jam diperlukan.

PERCUMA SAHAJA
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya 012-3720109/012-8090109 untuk temujanji.

Friday, February 19, 2010

Mata

Kawasan di sekeliling mata adalah sensitif, make-up mata hendaklah dicuci dengan betul ianya tidak boleh dicuci dengan air biasa, sabun atau pencuci muka. Gunakan Eye Make-up Remover fungsinya bukan sahaja untuk membersihkan make-up mata malah bagi mereka yang tidak memakai make-up juga harus menggunakannya kerana mata terdedah kepada pencemaran. Eye make-up remover bukan sahaja untuk membersihkan kawasan mata ia juga digunakan untuk memberishkan bibir.

Sekiranya kawasan mata tidak dibersihkan dengan betul antara kesan-kesan yang dapat adalah antaranya lingkaran gelap bawah mata (dark circle) dan mata sembap selain dari itu faktor2 penyebab masalah seperti ini ialah seperti kurang tidur, waktu tidur yang tidak menentu, sinar uv kerana kulit di bawah mata boleh cepat berubah berbanding bahagian kulit yang lain dan kerap mengadap komputer.

Cubalah Timewise targeted action eye revitalizer atau Timewise firming eye cream.
Timewise firming eye cream
juga boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah garis-garis halus dikelopak mata. Apabila usia meningkat kandungan kolagen dan elastin semakin menurun dalam lapisan kulit menyebabkan kulit semakin kendur terutama kawasan mata selain firming eye cream boleh juga guna Timewise age fighting eye cream.

Satu lagi produk khas untuk mata dalam Mary Kay ini Indulge soothing eye gel sesuai untuk mata yang kelihatan letih dan tak bermaya.

Friday, February 12, 2010

Skin care class

PERCUMA SAHAJA!
SKIN CARE CLASS (SCC)
(Free Facial & Beauty Make-Over)

Saya akan mengadakan skin care class secara percuma pada tarikh-tarikh berikut :

Tarikh: Isnin, 15 February 2010
Tarikh: Sabtu, 20 February 2010

Masa: 3.00pm - 5.00pm
Tempat: 6x, Persada Murni, Bandar Entsek

Sekiranya anda ingin menghadiri Skin Care Class tersebut, sila call utk appmt 012-3720109/0128090109

December 2009







Inilah pencapaian untuk December 2009, 1st runner up untuk sparkling swan area dan queen of sales for beaute butterfly unit.
Dan juga Ruby Star Consultant untuk Quarter Okt-Dec 2009
Semoga saya terus berjaya

Thursday, February 4, 2010

Skincare Class 7 Februari 2010

Pada sesiapa yg berminat utk mghadiri Skincare Class pada 7 February 2010 (Ahad) pada pukul : 2pm - 5pm
Bertempat di Mary Kay Office, Jaya 33, Section 13, Petaling Jaya

Antara aktiviti-aktiviti yang ada dijalankan


1) Body Care, Lip & Eye Care
2) Facial Session
3) Make-up Session
4) Beauty Consultation


Sila tel/sms saya untuk appointment