Friday, March 12, 2010

Foundation and Powder

Untuk tampil menarik dan menawan pakailah bedak asas(foundation) dengan memakai foundation ianya dapat menutupi parut-parut, tompok-tompok hitam seperti jeragat, tona kulit yang tidak sekata. Untuk kesan yang lebih baik gunakan concealer terlebih dahulu pada parut atau jearagat termasuk 'dark circle' kemudian baru pakai foundation. Foundation juga berfungsi melindungi kulit muka kita dari segala habuk dan kekotoran dalam udara kerana ianya akan melekat pada foundation ini dan akan hilang apabila kita mencuci muka . Tanpa foundation habuk boleh terus terlekat pada kulit muka kita. Hanya titikkan sedikit foundation tersebut dibahagian kening, pipi, hidung dan dagu kemudian ratakan tak perlu guna dengan banyak. Hasilnya muka anda akan nampak sekata dan 'natural' sahaja.

Mary Kay mempunyai beberapa jenis foundation bergantung kepada jenis kulit seseorang antaranya Medium Coverage Foundation antara kelebihannya mengawal minyak berlebihan sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Full Coverage Foundation pula sesuai untuk kulit normal hingga kering dan berupaya melembapkan kulit muka. Selain daripada itu terdapat juga foundation dalam bentuk serbuk Mineral Powder Foundation sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh dipakai begitu sahaja atau bersama-sama foundation dengan sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Satu lagi jenis foundation ialah creme to powder foundation juga sesuai untuk semua jenis kulit boleh berfungsi sebagai foundation dan bedak dalam bentuk' compact'.

Kesemua foundation mempunyai beberapa rona pilihan. Dengan memilih rona yang tepat ianya akan seolah-olah meresap ke dalam muka memberikan kulit yang cantik, licin dan sempurna.
Selepas pemakaian foundation make up boleh disempurnakan lagi dengan pemakaian loose powder.

No comments:

Post a Comment