Sunday, December 13, 2009

Queen of Sales





Recognition Nite

Kali pertama saya menghadiri Recognition Nite pada bulan September lalu saya begitu teruja melihat rakan2 yg menjadi Queen pada malam tu. Saya terus berkata dalam hati , suatu hari nanti saya mesti menjadi Queen jugak. Tapi saya tak sangka saya dapat menjadi Queen dalam masa yg begitu singkat, saya fikir saya perlukan 5-6 bulan lagi utk jadi Queen ha...ha.... Thx kepada kawan-kawan yang telah menjadi pelanggan saya

Thursday, December 10, 2009

Before and After

Masa remaja muka dipenuhi jerawat akibat jerawat dipicit ketika membuat facial akhirnya muka jadi parut yang berlekuk/lubang

Parut-parut jerawat pada muka
sebelum pakai Mary Kay


























Selepas 4 bulan












Parut jerawat semakin kurang muka terasa lebih licin, anjal dan kelembapan yang seimbang

Botanical Customized Skincare

Mary Kay Botanical Customized Skin Care mengandungi kompleks Bio-Enriched eksklusif, suatu sebatian ramuan berkhasiat yang mengandungi ginseng, buah delima dan oat. Ia diformulasikan untuk jenis kulit kering, normal dan berminyak - pembersih, mask, penyegar dan pelembapnya untuk bertindak memberikan apa yang benar-benar diperlukan untuk menyeimbangkan kulit.

KULIT KERING


Set kulit kering F1, mengandungi elemen bunga raya dalam semua produk Formula 1 kerana faedah antioksidan dan anti peradangannya dapat melegakan rasa ketat/tegang dan kemerah-merahan. Elemen ini sejuk membantu untuk melembapkan kulit yang kering dan terangsa/mengelupas.Terdiri daripada Pembersih , Mask , Penyegar dan Pelembap.

KULIT NORMAL

Set kulit normal F2 mengandungi ekstrak putih pokok bic dalam semua produk F2 untuk mengekalkan kesimbangan kulit dan menggalakkan proses semulajadi kulit menjadikan kulit lebih anjal, seimbang, mencergaskan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.



Set kulit berminyak F3 mengandungi witch hazel di dalam semua produk F3 untuk mengawal penghasilan minyak yang bertindak sebagai astringent lembut membantu mengawal penghasilan minyak. Kandungan tannin yang tinggi , dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas memelihara dan mengawal keseimbangan pengeluaran minyak serta mengekalkan kelembapan kulit.

Friday, November 27, 2009

Mary Kay Melacep Whitening System

Kekusaman hilang, kejernihan menyerlah

Kulit wajah kusam, tona tidak sekata berjeragat dan berbintik hitam ? Set Melacep satu sistem pencerahan komprehensif yang bertindak jauh kedalam kulit untuk mengembalikan keserian, kesegaran dan melindungi kulit daripada penyahwarnaan sangat sesuai untuk memberikan kejernihan atau kulit yang lebih cerah, mengurangkan/memudarkan bintik/tompok hitam dan membalikkan penyahwarnaan kulit. Mengandungi penghalang matahari, antioksida , ramuan pemutihan, dan penganjalkan kulit Amat sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit yang cantik, cerah dan berseri.

  1. FOAMING CLEANSER - Formula berkrim ini bercampur dengan air utk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut
  2. FRESHENER/PELEMBAB - Melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit berasa segar dan lembut
  3. ESSENCE - Serum yg cepat menyerap ini membantu mengembalikan kejernihan. Pembungkusan inovatif memastikan formula yg mengandungi askorbil glukosida berada dlm keadaan sifar udara bagi mengekalkan keberkesanannya. Digunakan dikeseluruhan wajah.
  4. DAY MOISTURIZER WITH SPF 15 - Melindungi kulit yg terdedah kepada UV pd siang hari dgn formula pelembapan. Potensi formula yg mengandungi askorbil glukosida utk faedah pemutihan dikekalkan dlm pam sifar udara
  5. NIGHT CREAM -Manjakan kulit anda dgn krim mewah ini ketika tidur. Formula yg mengandungi askorbil glukosida ini membekalkan ramuan pencerahan semasa kulit anda memerlukannya utk memulih dan membaharui diri
  6. DARK SPOT SERUM - Pembungkusan dgn bebuli penggelek memudahkan pemakaian serum jernih secara langsung pd bintik hitam akan oudar jika di pakai berterusan. Formula yg amat berkesan ini mengandungi askorbil glukosida. Digunakan pada bahagian yang bermasalah sahaja.
  7. MASK - Masker kaya lembapan ini menjadikan kulit lebih cerah dan berasa lebih lembut dan licin

Sunday, November 15, 2009

Set Time Wise Mary Kay



Set timewise adalah set anti penuaan antara fungsinya bertindak menentang kemunculan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan pigmentasi kulit. Sesuai untuk mereka dalam lingkungan umur lewat 20an dan ke atas. Bagi mereka yang telah mencuba botanical set dan keadaan kulit menjadi stabil dan seimbang bolehlah mencuba set timewise ini. Tetapi jika kita benar-benar pasti kulit tidak bermasalah boleh mencuba terus set timewise ini dan jika ianya tidak sesuai boleh dipulangkan dan ditukar dengan set botanical.

Set ini terdiri daripada:-
1. 3 in 1 cleanser - pembersih 3 dalam1 iaitu membersih, mengelupas dan menyegar. Cleanser ini kurang bahan kimia sebab itu ianya tidak berbuih lepas pakai pencuci kulit akan rasa bersih dan licin saja. best sangat-sangat tak pernah rasa pencuci yang buatkan kulit rasa betul-betul bersih pencuci yang pernah saya pakai sebelum ni mesti ada rasa berminyak lagi selepas dicuci sebab muka saya jenis berminyak.

2. Age Fighting Moisturizer (Pelembap) - pelembap ini bila disapu boleh tahan sehingga 10 jam. Saya sukakan pelembap ini sebab sungguhpun muka saya berminyak bila pakai pelembap time wise ini tak rasa pun berminyak dia seolah-olah sekata dengan kulit. Dulu saya tak boleh sangat pakai pelembap sebab rasa rimas pada kulit muka.

3. Day solution sunscreen SPF 25 - bertindak seperti sunblok melindungi kulit dari sinar uv, sunblok dipakai sebelum moisturizer.

4. Night solution - pakai pada waktu malam juga sebelum memakai pelembap. Berfungsi membaiki kulit kita yang rosak pada siang hari.

yang best nya set ni tahan lama jadi walaupun mahal amat berbaloi membelinya. Paling cepat habis day & night solution rasanya dalam 4-5 bulan. Set boleh dibeli berasingan jadi mana2 produk yang dah habis boleh beli produk tu saja.

Wednesday, September 16, 2009

Mary Kay System for Acne Prone Skin




Terdapat 3 set dalam produk ini.

1.Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin
Pembersih muka bagi menyingkirkan minyak berlebihan menjadikan kulit bersih dan segar.

2. Spot Solution For Acne-Prone Skin
Membantu mengurangkan kewujudan akne pada masa akan datang.

3.Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin

Membantu mengawal minyak yang mungkin menyebabkan jerawat.

Set ini adalah treatment kepada masalah jerawat, adalah disarankan bagi mereka yang ada masalah jerawat merawat kulit terlebih dahulu dengan basic skincare iaitu botanical set.

Wednesday, August 5, 2009

Jenis-jenis kulit

Mengenalpasti jenis kulit

Apakah 4 jenis kulit yang asas?

  • Kering
  • Normal
  • Kombinasi
  • Berminyak


Apakah ciri-ciri kulit jenis kering?

  • Liang roma yang kecil
  • Kelihatan tidak bermaya, kusam dan tona tidak sekata
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut
  • Kandungan minyak semulajadi
  • Kulit menjadi kering kerana kekurangan sebum dan kelembapan pada kulit
  • Bebas jerawat apabila usia meningkat kedutan ketara dan keanjalan semulajadi semakin kurang


Produk Mary Kay yang membantu melembutkan dan melicinkan lagi kulit kering dengan:

  • Membersih dengan lembutnya tanpa mambawa kesan kulit mengelupas
  • Melembutkan dan menambahkan kelembapan yang diperlukan
  • Mengurangkan kesan-kesan garis dan mengurangkan warna kulit yang tidak sekata

@ Pelembap berjenis losyen adalah sesuai

Apakah ciri-ciri kulit jenis normal?

  • Mengandungi minyak dan kelembapan yang seimbang
  • Kebiasaannya sedikit kering dan sedikit berminyak kerana memiliki kandungan minyak yang semulajadi namun berisiko untuk menjadi lebih kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran
  • Kadang-kala berjerawat atau liang roma tersumbat
  • Garis dan kedutan jarang terbentuk


Produk Mary Kay membawa faedah kepada kulit jenis normal dengan:

  • Mengekalkan kelembapan yang seimbang supaya kelihatan sihat dan berseri
  • Melicinkan lagi tekstur kulit serta meningkatkan kesan kulit yang bersih dan segar

@ Sesuai pelembap jenis krim

Apakah ciri-ciri kulit jenis kombinasi?

  • Kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin
  • Kawasan T-zon yang berminyak
  • Tanda-tanda kekeringan di bahagian pipi serta di sekitar tepi muka
  • Garis dan kekedutan jarang terbentuk sekiranya penjagaan rapi diberikan sehingga individu mencapai usia tua


Produk Mary Kay dapat memberikan faedah kepada jenis kulit kombinasi dengan:

  • Mengawal pengeluaran minyak di kawasan T-zon
  • Mengecilkan liang roma serta melembapkan bahagian kulit yang kering


Apakah ciri-ciri kulit jenis berminyak?

  • Liang roma yang kasar
  • Selalu mengalami masalah jerawat dan liang roma tersumbat
  • Kulit kelihatan berkilat


Produk Mary Kay dapat memberi faedah secara:

  • Mengawal minyak , meninggalkan kesan kulit yang licin
  • Membersihkan bahan kotoran dan pengumpulan minyak pada pembukaan liang roma
  • Membantu memanjangkan tempoh ketahanan warna solekan

Introduction

Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri tanpa cela, semua orang pasti akan mengagumi anda. kulit juga adalah aset dalam penampilan Seseorang yang memiliki kulit bersih dan sihat merupakan aksesori paling berharga. Kulit wajah bermasalah menjadi antara punca wanita kurang keyakinan diri. begitu ramai yang mempunyai masalah kulit kusam, tona tidak sekata, berjerawat, pigmentasi seperti jeragat, parut jerawat. liang pori2 yang besar, kulit yang terlalu kering atau berminyak, tidak bermaya, tanda-tanda penuaaan seperti kedutan/garis-garis di muka, kulit kurang anjal dan ‘eye bag’ menyebabkan wajah hilang seri dan tidak menarik. Kulit wajah yang sering terdedah dengan persekitaran tanpa disaluti produk pelindung secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan juga menyebabkan kulit wajah tidak sekata.

Kulit yang baik mempunyai keseimbangan iaitu tidak begitu kering, tetapi tidak juga berminyak, dan bagi memperoleh ciri-ciri itu pengguna perlu rajin mengamalkan rutin penjagaan yang sempurna setiap hari sesuai dengan pertambahan usia.

Penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia wanita kelihatan menarik.. Ini kerana kulit yang cantik akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang . Setiap wanita berhak memiliki kulit yang sempurna. memahami dan mengetahui jenis kulit wajah sendiri secara terperinci agar dapat menggunakan produk penjagaan kulit yang sesuai penampilan dan penjagaan kulit yang sempurna merupakan rahsia kelihatan menarik. Kulit terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu kulit jenis normal, kering, berminyak dan kombinasi.