Sunday, November 15, 2009

Set Time Wise Mary Kay



Set timewise adalah set anti penuaan antara fungsinya bertindak menentang kemunculan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan pigmentasi kulit. Sesuai untuk mereka dalam lingkungan umur lewat 20an dan ke atas. Bagi mereka yang telah mencuba botanical set dan keadaan kulit menjadi stabil dan seimbang bolehlah mencuba set timewise ini. Tetapi jika kita benar-benar pasti kulit tidak bermasalah boleh mencuba terus set timewise ini dan jika ianya tidak sesuai boleh dipulangkan dan ditukar dengan set botanical.

Set ini terdiri daripada:-
1. 3 in 1 cleanser - pembersih 3 dalam1 iaitu membersih, mengelupas dan menyegar. Cleanser ini kurang bahan kimia sebab itu ianya tidak berbuih lepas pakai pencuci kulit akan rasa bersih dan licin saja. best sangat-sangat tak pernah rasa pencuci yang buatkan kulit rasa betul-betul bersih pencuci yang pernah saya pakai sebelum ni mesti ada rasa berminyak lagi selepas dicuci sebab muka saya jenis berminyak.

2. Age Fighting Moisturizer (Pelembap) - pelembap ini bila disapu boleh tahan sehingga 10 jam. Saya sukakan pelembap ini sebab sungguhpun muka saya berminyak bila pakai pelembap time wise ini tak rasa pun berminyak dia seolah-olah sekata dengan kulit. Dulu saya tak boleh sangat pakai pelembap sebab rasa rimas pada kulit muka.

3. Day solution sunscreen SPF 25 - bertindak seperti sunblok melindungi kulit dari sinar uv, sunblok dipakai sebelum moisturizer.

4. Night solution - pakai pada waktu malam juga sebelum memakai pelembap. Berfungsi membaiki kulit kita yang rosak pada siang hari.

yang best nya set ni tahan lama jadi walaupun mahal amat berbaloi membelinya. Paling cepat habis day & night solution rasanya dalam 4-5 bulan. Set boleh dibeli berasingan jadi mana2 produk yang dah habis boleh beli produk tu saja.

No comments:

Post a Comment