Friday, March 12, 2010

Foundation and Powder

Untuk tampil menarik dan menawan pakailah bedak asas(foundation) dengan memakai foundation ianya dapat menutupi parut-parut, tompok-tompok hitam seperti jeragat, tona kulit yang tidak sekata. Untuk kesan yang lebih baik gunakan concealer terlebih dahulu pada parut atau jearagat termasuk 'dark circle' kemudian baru pakai foundation. Foundation juga berfungsi melindungi kulit muka kita dari segala habuk dan kekotoran dalam udara kerana ianya akan melekat pada foundation ini dan akan hilang apabila kita mencuci muka . Tanpa foundation habuk boleh terus terlekat pada kulit muka kita. Hanya titikkan sedikit foundation tersebut dibahagian kening, pipi, hidung dan dagu kemudian ratakan tak perlu guna dengan banyak. Hasilnya muka anda akan nampak sekata dan 'natural' sahaja.

Mary Kay mempunyai beberapa jenis foundation bergantung kepada jenis kulit seseorang antaranya Medium Coverage Foundation antara kelebihannya mengawal minyak berlebihan sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Full Coverage Foundation pula sesuai untuk kulit normal hingga kering dan berupaya melembapkan kulit muka. Selain daripada itu terdapat juga foundation dalam bentuk serbuk Mineral Powder Foundation sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh dipakai begitu sahaja atau bersama-sama foundation dengan sekali sapuan sahaja sudah mencukupi. Satu lagi jenis foundation ialah creme to powder foundation juga sesuai untuk semua jenis kulit boleh berfungsi sebagai foundation dan bedak dalam bentuk' compact'.

Kesemua foundation mempunyai beberapa rona pilihan. Dengan memilih rona yang tepat ianya akan seolah-olah meresap ke dalam muka memberikan kulit yang cantik, licin dan sempurna.
Selepas pemakaian foundation make up boleh disempurnakan lagi dengan pemakaian loose powder.

Monday, March 8, 2010

Bibir

Bibir kering dan mengelupas selalunya disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan kering dan juga cuaca sejuk atau keadaan yang sejuk seperti sentiasa terdedah kepada 'air-cond ' salah satu penyebab bibir menjadi kering. Tidak seperti kulit, kulit bibir tidak mepunyai minyak semulajadi untuk memberi kelembapan berterusan. Oleh sebab itu bibir mudah hilang kelembapan menyebabkan bibir kering, pecah atau mengelupas. Alahan kepada komestik juga salah satu penyebab keadaan ini.

Rawatilah bibir anda dengan lip mask ia bertindak menghapuskan sel-sel kulit mati pada bibir dan lembapkannnya dengan lip balm. Bibir yang kering disebabkan panas sinaran matahari boleh dilindungi dengan lip balm sunscreen with SPF 15 salah satu kandungannya ialah' shea butter' berfungsi merawat bibir yang kering.

Elakkan penggunaan lipstik yang tidak sesuai yang boleh menyebabkan bibir anda kering. Cubalah creamy lipstick ia juga bertindak seperti balm yang menghalang bibir pecah dan mengelupas. Gunakanlah time-wise age fighting lip primer ia bukan sahaja untuk melindungi garis-garis dan kedutan pada bibir ia juga memberikan pemakaian lisptik anda sentiasa nampak rata di samping lipstik anda tahan lebih lama. Bersihkan bibir anda dengan eye make up remover kerana bibir adalah sensitif sebaik-baiknya dibersihkan dengan pencuci khas seperti eye make up remover ini dan jangan gunakan sabun atau cleanser.



Gambar di atas adalah testimoni selepas pemakaian lip mask. Semasa SCC hanya bibir bawah saja kita letak lip mask tujuan untuk membuat perbandingan, jelas selepas pemakaian lip mask bibir bawah kelihatan lebih cerah dan kemerah-merahan berbanding bibir atas.

Thursday, March 4, 2010

Skincare Class (SCC)

Skincare class(SCC) atau kelas penjagaan kulit adalah teras dalam perniagaan Mary Kay. SCC bertujuan untuk memperkenal/mempromosikan produk2 dalam Mary Kay di samping memberi peluang kepada anda semua untuk mencuba dan merasai kehebatan produk Mary Kay ini.

Dalam SCC Beauty Consultant (BC) akan mengajar bagaimana hendak mencuci muka dengan betul, membersihkan make up mata dan bibir, anda juga berpeluang menggunakan produk penjagaan kulit Mary Kay yang lain seperti lip mask, face mask, skrub tangan serta produk2 penjagaan muka yang lain.

Produk-produk penjagaan kulit yang anda akan guna dalam SCC diberi berdasarkan jenis kulit anda. Jadi sebelum SCC dimulakan, kita akan menemubual anda terlebih dahulu apakah jenis kulit, masalah2 kulit yang anda hadapi dan apakah produk penjagagaan kulit yang pernah/ sedang anda pakai. Selepas itu kita akan memberi anda mencuba set mana yang sesuai sama ada set untk kulit kering, normal, berminyak atau mana kombinasi set2 tersebut ataupun set anti penuaan.

Dalam SCC ini anda juga berpeluang mencuba pelbagai jenis alat solek Mary Kay disamping BC akan berkongsi tips-tips cara pemakaian alat solek. Diakhir SCC BC akan menanyakan pendapat anda tentang produk ini. SCC tidak mengambil masa yang lama cuma dalam 1-11/2 jam diperlukan.

PERCUMA SAHAJA
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya 012-3720109/012-8090109 untuk temujanji.